Saturday, September 21, 2013

Menu Puyuh Hari Ini

Puyuh goreng

Bahan-bahan:

3 ekor puyuh yang telah dibersihkan dan di potong dua.
2 biji telur ayam
200g tepung goreng segera
4 cawan minyak masak


Cara-caranya:

Panaskan minyak kedalam periuk/kuali yang boleh puyuh tenggelam penuh. Kemudian, pecahkan kedua-dua biji telur kedalam mangkuk. Ambil ayam satu per satu bahagian, celupkan kedalam telur yang telah dipukul dan seterusnya masukkan kedalam tepung yang disediakan kedalam pinggan. Pastikan tepung telah membaluti keseluruhan bahagian puyuh kemudian masukkan kedalam minyak yang panas. Tunggu sehingga warna keemasan atau masak sepenuhnya kira-kira 7 minit selepas itu dan bolehla dihidangkan. Amat sesuai dimakan dengan mencicah sos ataupun makan begitu sahaja. Enak dimakan ketika waktu panas.

0 comments:

Post a Comment